Tuesday 28 June 2011

Develop Filem

Dah lama dah..
Memang dah lama filem gua banyak yang peram.
Gua kira-kira ada la 327 roll.

Ok, yang tu gua tipu.
Ada belas-belas roll.

Hati gua memang dah lama meronta nak hantar develop.
Tapi duit gua asyik takde je ni.

Bila agaknya gua nak develop?

*
*
*

Hanjeng!

Sunday 26 June 2011

Hitam Putih

Pada gua, gambar yang warnanya hitam dan putih itu lebih mahal nilai estetikanya, eksotiknya, begitu juga ceritanya.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Rajawali 1a,Puchong,Malaysia

Rindu

Tiba-tiba gua rasa rindu dengan tahun 2009.
Banyak benda yang happening untuk gua tahun 2009 tu.
Boleh bikin gua sengih sorang-sorang.
Dari bab study sampai la ke lomografi, semuanya membanggakan gua untuk tahun tu.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Damansara - Puchong Hwy,Petaling Jaya,Malaysia

Wednesday 22 June 2011

Demi Masa

Kelas Thought And Knowledge Leadership start pukul 8.30 pagi.
Gua masuk kelas pukul 8.45 pagi.
Sekarang dah pukul 9.00 pagi.
Lecturer tak masuk-masuk lagi.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan PJS 9/1,Petaling Jaya,Malaysia

Wednesday 15 June 2011

Sekatan Maya

Sekarang tengah panas dengan kisah gomen block certain website yang digunakan untuk mendonlod macam-macam.
Yang gua pelik, website porn tak pulak kena block.
Takpe kot, pasal website porn bagi ilmu, bukan cetak rompak.
Kira macam youtube la website porn tu ye tak?
Kahkahkah!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Rajawali 1a,Puchong,Malaysia

Tuesday 14 June 2011

K-Pop

Gua tengah layan TV.
Ada tayang video nasyid berkumpulan.
Terus gua terfikir.
Sebenarnya K-Pop yang tengah hot sekarang ni, dah lama wujud kat Malaysia.
Kumpulan Brothers dulu kira K-Pop jugak apa...
Kumpulan Rabbani pun kira K-Pop jugak.
Cuma Rabbani punya level, abang long K-Pop la.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Rajawali 1a,Puchong,Malaysia

Suralaya dalam B major

Gua baru lepas buat satu kerja iaitu kira belen subjek gua untuk khatam Ba. Of Mgmt.
Banyak juga subjek yang gua dah ambik.
Gua cek balik, paling bengap gua boleh dapat, C+.
Sekarang gua lagi dalam dilema.
Majoring apa yang gua nak ambik karang?
Berdebor sial.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan PJS 8/9,Petaling Jaya,Malaysia

Friday 10 June 2011

Cakap Tak Serupa Bikin

Tak silap gua dekat dua minggu jugak gua layan gezet Ghost Rider kat TV3.
Hari-hari punya promo.
Tapi bila sampai masa tayangan, banyak part kena potong.
Bangang.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Shah Alam Hwy,Subang Jaya,Malaysia

Monday 6 June 2011

Mak Bapak Malayneum

Kau memang mak bapak yang moden.
Bawak anak kecik yang tak sampai setahun pergi tengok wayang.
Cerita orang putih ada super power.
Beranak pandai. Didik anak bodoh.
Memekak dalam panggung.
Kecik-kecik dah ajar anak yang tak sepatutnya.
Dari kecik expose benda hiburan.
Dah besar besok jahanam.
Tak tenteram gua nak layan X-Men.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan PJS 9/1,Petaling Jaya,Malaysia

Friday 3 June 2011

Kembali Ke Rumah Burung

Hiruk pikuk seperti biasa di Terminal Bas Larkin.
Dengan cuaca yang boleh mengakibatkan ketiak berlendir, aku meneruskan langkah.
Langkah yang dituruti dengan senyuman apabila melihat seorang lelaki Bangladesh berpakaian t-shirt Metallica, jeans dan berkasut Crocs.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Lorong Tiga,Johor Bahru,Malaysia

Wednesday 1 June 2011

Senggang

Memang sudah jadi tabiat sedari dulu, menghabiskan masa senggang cuti semester di rumah dengan menghadap buku Detektif Conan.

Semua koleksi buku itu, sudah dibaca berkali-kali tanpa jemu. Jalan cerita yang merangsang otak membuatkan ianya boleh dibaca berulang kali tanpa bosan.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Bakawali 33, Tmn Johor Jaya, Johor Bahru, Malaysia