Sunday 31 July 2011

Puasa

Biasanya kalau masuk je bulan puasa, macam biasa Mail Boss mesti tak puasa.
Beliau akan mula mencekik sebaik sahaja azan Subuh berkumandang.
Lepas makan dan kenyang, beliau akan sedapur dua sebelum kembali ke katilnya.

Kalau tak nak puasa, buat macam cara Mail Boss.
Tak payah nak tunggu tengahari baru fikir nak monteng.

Tahun ni punya bulan puasa, gua tak tau Mail Boss start puasa ke tak.

Wednesday 27 July 2011

Soal Jawab

Bila orang bertanya, kita jawab.
Ikhlas.
Walaupun jawapan itu ialah tidak tahu.

Bila kita tidak jawab, orang akan ingat kita sombong.
Dan orang yang bertanya pula akan rasa dirinya dipinggirkan.

Bila kita ingat diri kita hebat, kita salah.
Ada berjuta-juta orang yang lagi hebat dari kita.

Makanya, jika ada yang bertanya, kita jawab semampu mungkin.

Friday 22 July 2011

Kalau Dulu

Kalau dari dulu kau tahu betapa struggle-nya kawan-kawan cuba meletakkan scene kamera analog di mata Malaysia sejak dari peringkat awal, maka pastinya sekarang kau akan gembira dengan melihat dengan mata dan kepala kau sendiri tentang betapa ramainya orang yang mula menanam minat dengan kamera analog.

Tak perlu tuding jari, cari kesalahan dan berlawan siapa lagi hebat.
Tapi seharusnya kita bersatu dan menyatu untuk memartabatkannya ke peringkat yang lebih tinggi.

Berkongsi sesuatu dengan ikhlas itu lebih bermakna dari membolot seorang diri dan mengagungkan diri sendiri.

Abah

Aku rasa ralat tak dapat hantar abah ke KLIA pagi tadi.
Jadual waktu yang padat menghalang.
Tambahan transport untuk ke sana juga aku tak dapat cari.

Abah, selamat pergi dan selamat balik.
Ampunkan dosa anak sulungmu yang banyak membuat kau lagi fikiran.
Aku sayang abah aku, keluarga aku.
Cuma aku jenis tak reti nak tunjuk.

Semoga 52 hari perjalanan dan ibadah mendapat balasan syurga dari Allah.
Sampaikan salam aku pada Rasulullah.

Thursday 21 July 2011

Langkah Baru

Sejak aku join lomokidS tahun 2005, banyak perkara yang best dan tak best terjadi.

Untuk siapa-siapa yang pernah, sedang, mahupun masih menyokong dan membantu komuniti lomokidS, aku sangat-sangat hargai.
Serius.
Bukan senang aku nak nampak orang yang betul-betul ikhlas menyumbangkan sesuatu.

Hasil dari semua orang-orang seperti di atas,, lomokidS melangkah setapak lagi dengan nama baru, effekts.

Tahniah untuk semua.



Sunday 3 July 2011