Tuesday 30 August 2011

Soalan Matematik Untuk Peminat Maher Zain.

Gua memandu dari Kluang melalui Tol Air Hitam sehingga exit Pasir Gudang/Kota Tinggi untuk pulang ke Johor Bahru.
Sepanjang perjalanan, hanya CD Maher Zain yang dipasang di audio.
Ngam-ngam sampai rumah, tak habis satu round pun CD Maher Zain tu dimainkan.
Berapa purata had laju perjalanan tersebut?

Friday 26 August 2011

Gerabak S8




Malam.
Apalah sangat panorama luar gerabak.
Untung ada rokok sebagai teman.
Disulam dengan bicara dengan pakcik cleaner.
Memang tenang.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Hijau,Kajang,Malaysia

Thursday 18 August 2011

Kuih Raya Untuk Emak

Itu hari gua beli kuih raya dari Hafiz Atan.
Makwe gua kata sedap cokelet cip dia.
Gua oraitkan aje.
Itupun makwe gua belanja.

Sampai kat tangan gua ada tiga balang penuh isi kuih raya.
Lepas dua hari, settle sebalang gua kerjakan.

Gua risau, tak sempat nak raya, kuih raya dah habis.
Mana gua nak letak muka dengan mak gua ni?


Wednesday 3 August 2011

Ini pandangan aku di blog aku. Kalau tak setuju, aku peduli apa.

Aku berani nak keluarkan kenyataan.
Kalau tak ada lomokidS dulu (sekarang Effekts™), yang susah payah nak naikkan scene kamera analog, takkan ada scene yang meletup macam sekarang ni.

Dulu masa lomokidS sibuk dengan lomo™, ramai orang sibuk jugak dengan lomo™.
Sekarang bila Effekts™ dah mula re-brand dengan perkataan 'analog', maka ramai jugalah yang mengikut 'analog'.

Pada aku, Effekts™ ialah role model dan trend setter.
Bukan mengejar profit atau turnover kewangan, tetapi lebih pada komuniti dalam Malaysia dan worldwide.
Sayangnya ramai yang tak nampak benda macam ni since lomokidS wujud pada tahun 2004 dulu.