Thursday, 5 January 2012

N n N


Pandai Nas pilih makwe start dari huruf N jugak. Power..power..

Kamera: Cannonmate 302

A.G dan Ecot - Sepang
















Tajuk entri dah macam blog orang ambik gambo kahwin.
Keh keh keh..
Majlis ni memang style.
Sempat jugak gua rembat jajan satu beg bawak balik.
Tahniah korang!
Kalau free meh singgah rumah.
Hehehe..

Kamera: Nikon EM

Penaung Melaka





Dia juga insan biasa.
Dia senang diajak berbicara.
Cerewetnya tidak dijumpa.

Selamat pengantin baru!

Kamera: Cannonmate 302

Friday, 30 December 2011

Hujung Tahun 2011


Gua rasa ini ialah trip gua yang paling lama untuk tahun 2011.
Gua akan berjalan ke Melaka pada 31 Disember 2011.
Dan akan pulang pada tahun hadapan.
1 Januari 2012.


Kamera: Lomography Frogeye

Wednesday, 28 December 2011

Suara



Kerja menyampaikan sesuatu yang belum pasti penerimaannya bukanlan satu kerja yang mudah.
Perlu ada semangat dan iltizam sehingga ke akar umbi.

Kamera: Minolta Himatic GF
*convert to black and white.

Monday, 26 December 2011

Dance! Dance!


Sukar melihat remaja zaman sekarang minat dengan tarian tradisional.
Tak percaya? Cuba bagi satu nama penari tradisional.


Kamera: Lomography Horizon Kompakt
*convert to black and white

Sunday, 25 December 2011

Wajah






Camera: Lomography Fisheye No. 2
*convert to black and white

Wednesday, 21 December 2011

Kejiranan



Hidup di kawasan bandar memang banyak kelainan.
Tinggal di kampung halaman, saling bertegur sapa, saling mengambil tahu, saling mengambil berat.
Tinggal berkenala di bandar, rumahnya rapat-rapat.
Lebih rapat dari rumah-rumah di kampung.
Tetapi jiran sebelah menyebelah tidak langsung ambil pusing.


Kamera: Horizon Kompakt
Filem: Lomography Negative 400
- convert to black and white

Thursday, 8 September 2011

Junidah Bte Othman

Hari ni genap umur mak aku yang ke 51.
Selamat hari lahir untuk mak.
Semoga mak dipanjangkan usia.
Semoga mak diberikan ketabahan menempuh liku-liku yang mendatang.
Sebagai anak sulung, aku mendoakan kebahagiaan mak dunia dan akhirat.
Perempuan yang cukup lama aku kenal.
Mak cukup faham perangai dan tabiat aku.
Terima kasih mak.

Tuesday, 30 August 2011

Soalan Matematik Untuk Peminat Maher Zain.

Gua memandu dari Kluang melalui Tol Air Hitam sehingga exit Pasir Gudang/Kota Tinggi untuk pulang ke Johor Bahru.
Sepanjang perjalanan, hanya CD Maher Zain yang dipasang di audio.
Ngam-ngam sampai rumah, tak habis satu round pun CD Maher Zain tu dimainkan.
Berapa purata had laju perjalanan tersebut?

Friday, 26 August 2011

Gerabak S8




Malam.
Apalah sangat panorama luar gerabak.
Untung ada rokok sebagai teman.
Disulam dengan bicara dengan pakcik cleaner.
Memang tenang.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Hijau,Kajang,Malaysia

Thursday, 18 August 2011

Kuih Raya Untuk Emak

Itu hari gua beli kuih raya dari Hafiz Atan.
Makwe gua kata sedap cokelet cip dia.
Gua oraitkan aje.
Itupun makwe gua belanja.

Sampai kat tangan gua ada tiga balang penuh isi kuih raya.
Lepas dua hari, settle sebalang gua kerjakan.

Gua risau, tak sempat nak raya, kuih raya dah habis.
Mana gua nak letak muka dengan mak gua ni?


Wednesday, 3 August 2011

Ini pandangan aku di blog aku. Kalau tak setuju, aku peduli apa.

Aku berani nak keluarkan kenyataan.
Kalau tak ada lomokidS dulu (sekarang Effekts™), yang susah payah nak naikkan scene kamera analog, takkan ada scene yang meletup macam sekarang ni.

Dulu masa lomokidS sibuk dengan lomo™, ramai orang sibuk jugak dengan lomo™.
Sekarang bila Effekts™ dah mula re-brand dengan perkataan 'analog', maka ramai jugalah yang mengikut 'analog'.

Pada aku, Effekts™ ialah role model dan trend setter.
Bukan mengejar profit atau turnover kewangan, tetapi lebih pada komuniti dalam Malaysia dan worldwide.
Sayangnya ramai yang tak nampak benda macam ni since lomokidS wujud pada tahun 2004 dulu.

Sunday, 31 July 2011

Puasa

Biasanya kalau masuk je bulan puasa, macam biasa Mail Boss mesti tak puasa.
Beliau akan mula mencekik sebaik sahaja azan Subuh berkumandang.
Lepas makan dan kenyang, beliau akan sedapur dua sebelum kembali ke katilnya.

Kalau tak nak puasa, buat macam cara Mail Boss.
Tak payah nak tunggu tengahari baru fikir nak monteng.

Tahun ni punya bulan puasa, gua tak tau Mail Boss start puasa ke tak.

Wednesday, 27 July 2011

Soal Jawab

Bila orang bertanya, kita jawab.
Ikhlas.
Walaupun jawapan itu ialah tidak tahu.

Bila kita tidak jawab, orang akan ingat kita sombong.
Dan orang yang bertanya pula akan rasa dirinya dipinggirkan.

Bila kita ingat diri kita hebat, kita salah.
Ada berjuta-juta orang yang lagi hebat dari kita.

Makanya, jika ada yang bertanya, kita jawab semampu mungkin.

Friday, 22 July 2011

Kalau Dulu

Kalau dari dulu kau tahu betapa struggle-nya kawan-kawan cuba meletakkan scene kamera analog di mata Malaysia sejak dari peringkat awal, maka pastinya sekarang kau akan gembira dengan melihat dengan mata dan kepala kau sendiri tentang betapa ramainya orang yang mula menanam minat dengan kamera analog.

Tak perlu tuding jari, cari kesalahan dan berlawan siapa lagi hebat.
Tapi seharusnya kita bersatu dan menyatu untuk memartabatkannya ke peringkat yang lebih tinggi.

Berkongsi sesuatu dengan ikhlas itu lebih bermakna dari membolot seorang diri dan mengagungkan diri sendiri.